- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
251
Pembangun Dan Juruanalisis Perisian Dan Aplikasi
Kumpulan Unit
2513
Pembangun Web Dan Multimedia
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2513
Bandingkan
Pembangun Web Dan Multimedia
TVET
Pembangun Web dan Multimedia menggabungkan pengetahuan reka bentuk dan teknikal untuk menyelidik, menganalisis, menilai, mereka bentuk, mengatur cara, dan mengubahsuai laman web dan aplikasi yang memaparkan teks, grafik, animasi, pengimejan, audio dan video, dan media interaktif lain.
Nama Alternatif
Tugasan
mereka bentuk dan membangunkan animasi digital, pengimejan, persembahan, permainan, audio dan klip video, dan aplikasi Internet dengan menggunakan perisian multimedia, perkakasan dan utiliti, grafik interaktif, dan bahasa pengaturcaraan
menganalisis, mereka bentuk dan membangunkan laman Internet dengan menggunakan hasil seni dan kreativiti dengan menggunakan pengaturcaraan perisian dan bahasa penskripan dan antara muka dengan persekitaran operasi
membantu menganalisis, menetapkan, dan membangunkan strategi Internet, metodologi pangkalan web dan pelan pembangunan
mereka bentuk, membangunkan dan menyepadukan kod komputer dengan input khusus lain seperti fail imej, fail audio dan penskripan bahasa untuk menghasilkan, menyelenggara dan menyokong laman web
berhubung dengan pakar rangkaian berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan web seperti keselamatan dan hosting laman web untuk mengawal dan menguatkuasakan keselamatan Internet dan pelayan web, peruntukan ruang, akses pengguna, laman web sandaran dan perancangan pemulihan bencana
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)