- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
251
Pembangun Dan Juruanalisis Perisian Dan Aplikasi
Kumpulan Unit
2513
Pembangun Web Dan Multimedia
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2513-01
Bandingkan
Pembangun Laman Web
STEM
GIG
Pembangun Laman Web menggabungkan pengetahuan reka bentuk dan teknikal untuk menyelidik, menganalisis, menilai, mereka bentuk, mengatur cara, dan mengubahsuai laman web dan aplikasi yang memaparkan teks, grafik, animasi, pengimejan, audio dan video, dan media interaktif lain.
Nama Alternatif
Pembangun Internet atau Intranet
Pengendali Web
Arkitek Laman Web
Pentadbir Laman Web
Pembangun Hadapan Antara Muka Pengguna (UI) atau Pengalaman Penggunaa (UX)
Pembangun Laman Web E-Dagang
Pembangun Web dan Mobiliti
Jurutera Pengalaman Pengguna
Pembangun Aplikasi Web
Pembangun Hadapan
Tugasan
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Membantu menganalisis, menetapkan, dan membangunkan strategi Internet, metodologi pangkalan web dan pelan pembangunan
mereka bentuk dan membangunkan animasi digital, pengimejan, persembahan, permainan, audio dan klip video, dan aplikasi Internet dengan menggunakan perisian multimedia, perkakasan dan utiliti, grafik interaktif, dan bahasa Pengaturcaraan
menganalisis, mereka bentuk dan membangunkan laman Internet dengan menggunakan hasil seni dan kreativiti dengan menggunakan pengaturcaraan perisian dan bahasa penskripan dan antara muka dengan persekitaran operasi
berkomunikasi dengan pakar rangkaian berkenaan isu berkaitan web seperti keselamatan dan laman web pengehosan untuk mengawal dan menguatkuasakan keselamatan Internet dan pelayan web, peruntukan ruang, akses pengguna, kesinambungan perniagaan, sandaran laman web dan perancangan pemulihan bencana
-
MAktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
-
JMaklumat Dan Komunikasi
-
IT-122-5:2011Pembangunan dan Pengurusan Aplikasi Server
-
0611Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
-
0612Kejuruteraan Perisian
-
0613Sains Komputer
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kemahiran Reka Bentuk Web
kemahiran dalam penciptaan konsep laman sesawang.
Kepintaran Perniagaan (BI)
kemahiran dalam menggunakan teknologi, aplikasi dan amalan untuk pengumpulan, integrasi, analisis, dan pembentangan maklumat
Keselamatan Makanan
kemahiran dalam amalan pengendalian, penyediaan, dan penyimpanan makanan yang memelihara kualiti makanan untuk mengelakkan pencemaran dan penyakit bawaan makanan.
Pembelajaran Mesin
kemahiran dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang menyediakan sistem keupayaan untuk belajar secara automatik.
Pengkomputeran Awan
kemahiran menyimpan dan mencapai data serta program melalui internet.
Pengurusan Laman Web
kemahiran dalam pentadbiran dan kawalan perkakasan dan perisian yang digunakan di laman web.
Penyahpepijatan
kemahiran mencari dan menyelesaikan kecacatan yang menghalang operasi perisian komputer atau sistem yang betul.
Penyelesaian Masalah
keupayaan untuk membaiki produk atau proses yang gagal pada mesin atau sistem.
Perisian Pembangunan Platform Web
kemahiran menggunakan perisian Django; Notasi Objek JavaScript JSON; Oracle JavaServer Pages JSP; PHP: Hypertext Preprocessor
SQL
kemahiran dalam bahasa khusus domain yang digunakan dalam pengaturcaraan.
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)