Carian Terkini
Kod MASCO
2811-02
Bandingkan
Kurator Gred S41
Kurator Gred S41 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran. Mereka merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.
Nama Alternatif
Tugasan
bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran
mengarahkan atau menjalankan kerja penyediaan indeks, bibliografi, salinan mikrofilem, dan rujukan yang lain bagi bahan yang telah dikumpulkan serta menjadikannya mudah didapati oleh pengguna
mengkatalog koleksi muzium dan galeri seni serta menganjurkan pameran
mengurus, membangunkan dan menyelenggara koleksi barangan seni, budaya, saintifik, atau sejarah yang berharga di muzium atau galeri seni
menyelenggarakan rekod
menyelidik asal usul serta pengedaran dan kegunaan bahan dan objek yang berunsur budaya dan sejarah
menyelidik, menilai, membangunkan, mengurus dan memelihara dokumen bernilai yang penuh bersejarah dan berharga
merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0322
    Pengajian Arkib, Maklumat dan Perpustakaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan