Carian Terkini
Kod MASCO
2914-01
Bandingkan
Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987(Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan pemegang taruh.
Nama Alternatif
Tugasan
Membantu dan menyelia perkhidmatan kaunter dan pertanyaan daripada orang awam dan agensi kerajaan berhubungan dengan pendakwaan/ operasi/ aduan dan siasatan
Menyediakan kertas kerja dan laporan berkaitan pendakwaan/operasi/ aduan dan siasatan
Menjalankan tugas yang berkaitan
Membantu merancang dan mengatur tugas-tugas dan rekod-rekod di Cawangan/ Unit Operasi/Aduan dan Siasatan/Pendakwaan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menyemak, menganalisa dan mengesahkan laporan KPI dan perangkaan kes-kes pendakwaan/operasi/aduan dan siasatan setiap bulan untuk dikemukakan dalam mesyuarat pengurusan
Membantu merancang, menyimpan, menyelenggara, menyelia menyediakan segala tugas-tugas dokumentasi berkaitan pendakwaan/ siasatan dan peralatan penguatkuasaan/ kenderaan penguatkuasa
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0421
    Undang-Undang
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
  • 1031
    Ketenteraan dan Pertahanan
  • 1032
    Perlindungan Orang dan Harta Benda
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kemahiran Memproses Peraturan
kemahiran menyediakan laporan atau penyata, permohonan permit, pendengaran awam, dan pengeluaran permit.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan