Carian Terkini
Kod MASCO
2916-03
Bandingkan
Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
STEM
Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar perburuhan, pentadbiranundangundang dan standard perburuhan, keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja, memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan, memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan, merancang dan menjalankan aktiviti perkhidmatan pekerjaan serta mempromosi bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri.
Nama Alternatif
Tugasan
Melaksanakan pemeriksaan berkanun, pemeriksaan ladang dan pemeriksaan malam serta menyediakan laporan siasatan dan menguruskan tindakan susulan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
Membantu dan memproses tuntutan pampasan pekerja asing serta memastikan majikan menginsurankan pekerja asing mereka
Menerima, menyemak dan merekod aduan daripada pelanggan dan menjalankan siasatan serta menyediakan laporan dan tindakan susulan
Menyemak, memproses dan mengadakan lawatan penyiasatan untuk permohonan permit-permit perburuhan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0421
    Undang-Undang
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
  • 1031
    Ketenteraan dan Pertahanan
  • 1032
    Perlindungan Orang dan Harta Benda
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Kemahiran Memproses Peraturan
kemahiran menyediakan laporan atau penyata, permohonan permit, pendengaran awam, dan pengeluaran permit.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan