Carian Terkini
Kod MASCO
2919-08
Bandingkan
Pegawai Integriti
Pegawai Integriti membangunkan dan meningkatkan kesadaran integriti dan kepatuhan dari segi Undang-undang dan Peraturan, sistem dan prosedur melalui perumusan berbagai dasar, inisiatif, program dan kursus yang berkaitan dengan integriti.
Nama Alternatif
Tugasan
Merancang dan membangunkan inisiatif/program integriti dalam menggalakkan budaya integriti di kalangan pekerja
pakar subjek integriti
Membangun dan menggalakkan kesedaran integriti & pematuhan dari segi Undang-undang dan Peraturan, sistem dan prosedur melalui penggubalan pelbagai dasar, inisiatif, program dan kursus berkaitan integriti
mengendalikan sebarang laporan berkaitan integriti
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0421
    Undang-Undang
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
  • 1031
    Ketenteraan dan Pertahanan
  • 1032
    Perlindungan Orang dan Harta Benda
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kemahiran Memproses Peraturan
kemahiran menyediakan laporan atau penyata, permohonan permit, pendengaran awam, dan pengeluaran permit.
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan