Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3112-09
Bandingkan
Penyelia, Kejuruteraan Awam
STEM
Penyelia, Kejuruteraan Awam memantau projek pembinaan secara berterusan untuk memastikan kerja itu dilakukan dengan betul dan projek itu tetap mengikut jadual. Mereka memberi tumpuan kepada projek pembinaan awam seperti jambatan, lebuh raya dan lapangan terbang.
Nama Alternatif
Tugasan
membantu menyediakan anggaran kuantiti dan kos bagi bahan serta buruh yang diperlukan untuk projek menurut spesifikasi yang ditetapkan
mengelolakan penyelenggaraan dan pembaikpulihan
memastikan pematuhan spesifikasi reka bentuk, perundangan dan peraturan yang berkaitan, dan memastikan standard bagi bahan dan kerja yang ditentukan
mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan prinsip dan amalan pembinaan dan kejuruteraan awam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul
menjalankan atau membantu dalam ujian ke atas tanah dan bahan binaan yang dilakukan di lapangan atau di makmal
memberi anggaran perbelanjaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan jalan termasuk menyelia kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan
memberi bantuan teknikal berhubung dengan pembinaan bangunan dan struktur lain serta kaji ukur atau penyelidikan laporan kaji ukur
mengawasi dan menyediakan kerja-kerja pembinaan di tapak bina
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • M711-002-3:2017
    Penyeliaan dan Lukisan Pelan Awam dan Struktur
  • CVS4
    Pengurus Binaan Awam dan Struktur
  • CVS3
    Civil & Structural Supervisor
  • 0711
    Kejuruteraan Kimia dan Proses
  • 0712
    Kuasa Elektrik dan Tenaga
  • 0716
    Kejuruteraan Awam
  • 0731
    Seni Bina
  • 0733
    Pembinaan dan Bangunan
  • 0734
    Kaji Ukur
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis Kegagalan
kemahiran mengumpul dan menganalisis data untuk menentukan punca kegagalan
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Pembinaan
kemahiran dalam aktiviti pembinaan
Keselamatan Tempat Kerja
kebolehan menjalankan kerja harian di persekitaran yang selamat
Operasi dan Kawalan
kemahiran mengawal operasi peralatan atau sistem.
Pemasangan kabel
kemahiran memasang satu atau lebih wayar yang berfungsi secara bersebelahan atau digabungkan, yang digunakan untuk membawa arus elektrik.
Pembaikan Enjin
kemahiran dalam penyelenggaraan dan pembaikan enjin yang dilakukan termasuk peralatan hidraulik.
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan