Carian Terkini
Kod MASCO
3113-04
Bandingkan
Pembantu Kejuruteraan Elektrik
Pembantu Kejuruteraan Elektrik menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu pasukan kejuruteraan bagi merancang, menyelaras dan melaksanakan projek-projek elektrikal. 
Nama Alternatif
Juruteknik Elektrik
Tugasan
Menjalankan pemeriksaan prestasi semua kelengkapan elektrik di tempat kerja dan mengesahkan keselamatan
Merancang pemasangan elektrik baru dan penyelenggaraan yang sedia ada
Menyediakan anggaran kewangan dan sumber yang diperlukan untuk projek baharu
Menyelia pekerja semasa pemasangan
Memastikan kualiti mengikut piawaian syarikat
menjalankan tugas yang berkaitan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
  • D
    Bekalan Elektrik, Gas, Wap Dan Pendingin Udara
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • EE-322-3:2013
    Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik & LED
  • EE-130-3
    Juruteknik Kanan Alatan Kepersisan Elektrik
  • 0712
    Kuasa Elektrik dan Tenaga
  • 0713
    Elektronik dan Automasi
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Pemasangan kabel
kemahiran memasang satu atau lebih wayar yang berfungsi secara bersebelahan atau digabungkan, yang digunakan untuk membawa arus elektrik.
Pencarisilapan Elektrik
kemahiran mengenal pasti komponen yang rosak dan memperbaiki litar.
Pendawaian
kemahiran memasang elektrik kabel dan peranti yang berkaitan seperti suis, papan agihan, soket dan pemasangan lampu dalam struktur.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan