Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3115-52
Bandingkan
Orang Yang Kompeten (OYK) - Juruteknik Higien 2
Orang Yang Kompeten (OYK) - Juruteknik Higien 2 bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan dan pengujian keberkesanan peralatan kawalan kejuruteraan di tempat kerja seperti yang tertakhluk di bawah Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2000. Menjalankan pemeriksaan dan pengujian kelengkapan kawalan kejuruteraan. SIJIL:a) Sijil Pendaftaran Juruteknik Higien 2 KELAYAKAN MINIMUM DAN TEMPOH KURSUS:Pilihan 1:a) Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Kejuruteraan atau Diploma Diploma Sains Tulen atau Sasn Gunaan) yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)b) Hadir kursus dan lulus peperiksaan Juruteknik Higen 2 di pusat pengajar yang diluluskan; danc) Mininum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan Pilihan 2:a) Minimum Diploma Lanjutan Higien Industri yang diiktiraf oleh MQA; danb) Lulus peperiksaan Juruteknik Higen 2 di pusat pengajar yang diluluskan Pilihan 3:a) Diiktiraf sebagai Industrial Hygienist oleh American Board Industrial Hygiene (ABIH) atau badan yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah; danb) Lulus peperiksaan Juruteknik Higen 2 (Bahagian II) di pusat pengajar yang diluluskan  
Nama Alternatif
Tugasan
Mengemukakan laporan ringkas kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 30 hari selepas selesai peperiksaan dan ujian
Menjalankan pemeriksaan dan pengujian keberkesanan peralatan kawalan kejuruteraan di tempat kerja
Membentangkan hasil pemeriksaan dan pengujian keberkesanan peralatan kawalan kejuruteraan dan langkah-langkah penambahbaikan kepada majikan dalam tempoh 30 hari selepas selesai pemeriksaan dan ujian
Menyediakan dan mengemukakan laporan lengkap pemeriksaan dan keberkesanan ujian majikan dalam tempoh 30 hari selepas selesai pemeriksaan dan ujian
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab lain seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2000
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • HT-070-4:2012
    Pengurusan Operasi Hygiene
  • HT-070-3:2014
    Operasi Hygiene
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kejuruteraan robotik
kemahiran membina mesin yang menyerupai tindakan manusia.
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Mekanikal & Elektrikal
kemahiran dalam pembuatan dan pembaikan pelbagai produk elektrik dan elektronik.
Membaiki
kemahiran membaiki mesin atau sistem menggunakan alat yang diperlukan.
Operasi dan Kawalan
kemahiran mengawal operasi peralatan atau sistem.
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
Penyelenggaraan Mekanikal
kemahiran menyelenggara dan membaiki pelbagai peralatan mekanikal.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan