Carian Terkini
Kod MASCO
3116
Bandingkan
Juruteknik Kejuruteraan Kimia
TVET
Juruteknik Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji kimia.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
membantu menyediakan anggaran terperinci kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan dalam operasi pembuatan dan pemasangan, mengikut spesifikasi yang ditetapkan
membantu dalam penyelidikan dan pembangunan proses kimia industri, loji dan peralatan, atau menguji prototaip
mereka bentuk dan menyediakan susun atur loji kimia mengikut spesifikasi yang ditetapkan
mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan prinsip dan amalan kejuruteraan kimia supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjalankan pengujian makmal kimia dan fizikal bagi membantu ahli sains dan jurutera dalam membuat analisis kualitatif dan kuantitatif bahan pepejal, cecair dan gas
memantau aspek teknikal dalam pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan loji kimia untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan