Carian Terkini
Kod MASCO
3118-32
Bandingkan
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
STEM
GREEN
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 menyediakan maklumat dan pelan yang berkaitan untuk kegunaan perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan/sistem trafik di kawasan perbandaran.
Nama Alternatif
Tugasan
Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.
Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan, pindaan pendirian bangunan, kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kawasan perbandaran
Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina struktur menara telekomunikasi dan permohonan cadangan untuk memasang struktur telekomunikasi atas bangunan oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan menyediakan pelan bagi pegawai kawasan
Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • F
    Pembinaan
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • FB-017-3:2015
    Pengurusan Desa
  • FB-017-4
    Pengurus Desa Mukim
  • 0731
    Seni Bina
  • 0732
    Perancangan Bandar dan Wilayah
  • 0733
    Pembinaan dan Bangunan
  • 0734
    Kaji Ukur
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kemahiran AutoCAD
kemahiran mereka bentuk berbantukan komputer komersial (CAD) dan merangka aplikasi perisian.
Lukisan kejuruteraan
kemahiran lukisan teknikal yang digunakan untuk menentukan keperluan untuk item kejuruteraan sepenuhnya dengan jelas.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan