Carian Terkini
Kod MASCO
3119-02
Bandingkan
Juruteknik Gred P4
STEM
Juruteknik Gred P4 menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan industri dan pengeluaran, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan. Mereka membantu menyelaraskan aktiviti perkilangan dan menilai keberkesanan kos dan keselamatan.
Nama Alternatif
Tugasan
memberi bantuan teknikal berkenaan kaedah perancangan dan pengeluaran, penggunaan bahan dan kelengkapan yang cekap, selamat dan menjimatkan
mengenal pasti bahaya yang mungkin berlaku dan memperkenalkan prosedur dan peranti keselamatan
mengumpulkan data dan memberi bantuan teknikal berkaitan dengan penyediaan dan pengawasan anggaran kos dan senarai kuantiti bagi projek pembinaan dan seni bina
membantu jurutera dalam pengujian dan reka bentuk peralatan robotik.
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • C331-012-4:2020
    Kejuruteraan Penyelenggaraan Mesin Industri
  • 0713
    Elektronik dan Automasi
  • 0714
    Mekanik dan Tred Logam
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Mekanikal dan Pembaikan
Kemahiran dalam mengendalikan, membaiki dan menyelenggara mesin atau jentera
Keselamatan Tempat Kerja
kebolehan menjalankan kerja harian di persekitaran yang selamat
Operasi Mesin
kemahiran mengendalikan mesin dengan selamat.
Pembaikan Peralatan
kemahiran dalam membaiki pelbagai jenis peranti mekanikal, paip, atau elektrik sekiranya ia menjadi tidak berfungsi atau rosak.
Penyelenggaraan Mekanikal
kemahiran menyelenggara dan membaiki pelbagai peralatan mekanikal.
Penyelenggaraan Peralatan
kemahiran penyelenggaraan rutin pada peralatan dan menentukan bila dan jenis penyelenggaraan yang perlu dilakukan
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan