Carian Terkini
Kod MASCO
3119-49
Bandingkan
Juruteknik Kualiti Air
GREEN
Juruteknik Kualiti Air  bertanggungjawab untuk memantau dan mengendalikan sistem kawalan dan memastikan bahawa peralatan dalam loji penapisan dan rawatan air berfungsi dengan baik supaya air selamat digunakan. 
Nama Alternatif
Tugasan
Menjalankan tugas yang berkaitan
Mengubah suai dan menguji peralatan dan peranti yang digunakan dalam pencegahan, kawalan dan pemulihan pencemaran alam sekitar, pemulihan tapak dan penambakan tanah
Membantu jurutera dalam ujian dan reka bentuk peralatan robotik
Mengenal pasti potensi bahaya dan memperkenalkan prosedur dan peranti keselamatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • MC-041-3:2012
    Jaminan Kualiti Industri (Pembuatan)
  • E360-001-3:2016
    Kawalan Kualiti dan Pengujian Rawatan Air (Makmal)
  • 0717
    Teknologi Perlindungan Alam Sekitar
  • 1021
    Sanitasi Komuniti
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Mekanikal dan Pembaikan
Kemahiran dalam mengendalikan, membaiki dan menyelenggara mesin atau jentera
Keselamatan Tempat Kerja
kebolehan menjalankan kerja harian di persekitaran yang selamat
Operasi Mesin
kemahiran mengendalikan mesin dengan selamat.
Pembaikan Peralatan
kemahiran dalam membaiki pelbagai jenis peranti mekanikal, paip, atau elektrik sekiranya ia menjadi tidak berfungsi atau rosak.
Penyelenggaraan Mekanikal
kemahiran menyelenggara dan membaiki pelbagai peralatan mekanikal.
Penyelenggaraan Peralatan
kemahiran penyelenggaraan rutin pada peralatan dan menentukan bila dan jenis penyelenggaraan yang perlu dilakukan
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan