Carian Terkini
Kod MASCO
3251-06
Bandingkan
Jurupembersihan Pergigian
STEM
Jurupembersihan Pergigian menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan dan rawatan pergigian, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh doktor pergigian, dan mereka membantu doktor pergigian menyediakan serta menjaga peralatan dan kelengkapan pergigian, menyediakan bahan, dan membantu pesakit agar bersedia untuk diperiksa atau dirawat.
Nama Alternatif
Tugasan
melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah dan pameran kempen kesihatan
memberi nasihat kepada masyarakat dan individu berkenaan kebersihan pergigian, diet dan langkah pencegahan pergigian yang lain
menjalankan pemeriksaan pergigian untuk membuat diagnosis dan merujuk kes yang lebih rumit kepada doktor pergigian apabila perlu
memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • 0911
    Pengajian Pergigian
  • 0912
    Perubatan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Khusus
Kawalan Jangkitan
kemahiran mencegah atau menghentikan penyebaran jangkitan dalam persekitaran penjagaan kesihatan.
Penjagaan Pergigian
kemahiran dalam menjaga kesihatan gigi
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan