- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
35
Juruteknik Maklumat Dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
352
Juruteknik Telekomunikasi Dan Penyiaran
Kumpulan Unit
3522
Juruteknik Kejuruteraan Telekomunikasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3522-01
Bandingkan
Juruteknik Kejuruteraan Aeroangkasa (Telekomunikasi)
STEM
Juruteknik Kejurutegan Aeroangkasa (Telekomunikasi) merancang dan mengurus pemasangan dan penyelenggaraan sistem telekomunikasi. Ini termasuk rangkaian telefon tetap dan mudah alih, kabel, satelit dan rangkaian televisyen digital, rangkaian komputer dan perkhidmatan jalur lebar.
Nama Alternatif
Tugasan
menyediakan penyeliaan teknikal bagi pembuatan, penggunaan, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan sistem telekomunikasi untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan
menyediakan bantuan teknikal berhubung dengan penyelidikan dan pembangunan kelengkapan telekomunikasi, atau pengujian prototaip
menyediakan anggaran terperinci kuantiti dan kos bahan serta buruh yang diperlukan untuk pembuatan dan pemasangan kelengkapan telekomunikasi menurut spesifikasi yang ditetapkan
mengkaji bahan teknikal seperti pelan induk dan lakaran untuk menentukan kaedah kerja yang hendak diguna pakai
mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam prinsip dan amalan kejuruteraan telekomunikasi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas
-
FPembinaan
-
OT-011-4Penolong Pengurus Operasi Telekomunikasi -Logistik
-
EE-031-4Pegawai Telekomunikasi (Operasi)
-
EE-030-4Pegawai Telekomunikasi (Teknikal)
-
0713Elektronik dan Automasi
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Bekerja dengan Komputer
kebolehan menggunakan komputer dan alat digital lain untuk membangun, memasang dan menyelenggara perisian dan infrastruktur ICT
Pengkomputeran Awan
kemahiran menyimpan dan mencapai data serta program melalui internet.
Pusat Operasi Rangkaian
kemahiran dalam sokongan rangkaian, pentadbiran rangkaian dan pengurusan, penukaran dan penghalaan berserta Linux.
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)