- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
4
Pekerja Sokongan Perkeranian
Kumpulan Sub-Utama
41
Kerani Pejabat
Kumpulan Kecil
413
Pengendali Papan Kekunci
Kumpulan Unit
4131
Jurutaip
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
4131-04
Bandingkan
Pembantu Am Jurutaip
GIG
Pembantu Am Jurutaip menaip, mengedit serta mencetak dengan menggunakan mesin taip, komputer peribadi, atau pemprosesan kata yang lain, dan merekod secara trengkas hal yang dinyatakan secara lisan atau bertulis.
Nama Alternatif
Tugasan
menaip bahan bertulis daripada draf awal, membetulkan salinan, rakaman suara, atau trengkas dengan menggunakan komputer, pemproses kata, atau mesin taip
memfail dan menyimpan dokumen yang siap di dalam perkakasan komputer atau cakera, atau mengatur sistem pemfailan komputer untuk menyimpan, mendapatkan semula, atau mengemaskini dokumen
menyemak kerja yang telah siap untuk memastikan ejaan, tatabahasa, tanda baca, dan format yang betul
mengumpul dan menyusun bahan untuk ditaip berdasarkan arahan yang diberikan
mengambil catatan dan merekodkan hal lain dengan trengkas
membuat fotokopi, dan menjawab telefon, atau menyambut pelanggan
-
NAktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
-
0416Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
-
0414Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Perkeranian/ Pentadbiran
kemahiran menulis surat, menyusun dan mencatat maklumat.
Khusus
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Dokumen
kemahiran menggunakan sistem pengurusan dokumen (DMS) untuk mengesan, mengurus dan menyimpan dokumen dan mengurangkan kertas.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)