- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
4
Pekerja Sokongan Perkeranian
Kumpulan Sub-Utama
42
Kerani Perkhidmatan Pelanggan
Kumpulan Kecil
421
Juruwang, Pemungut Wang, Dan Kerani Yang Berkaitan
Kumpulan Unit
4211
Juruwang Bank Dan Kerani Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
4211-02
Bandingkan
Juruwang Bank
Juruwang Bank berurusan paling kerap dengan pelanggan bank. Mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan bank, dan menyediakan maklumat tentang akaun peribadi pelanggan dan pemindahan berkaitan, deposit, simpanan dll. Mereka memesan kad bank dan cek untuk pelanggan, menerima dan mengimbangi wang tunai dan cek serta memastikan pematuhan dengan dasar dalaman. Mereka bekerja pada akaun pelanggan, berurusan dengan pembayaran dan menguruskan penggunaan bilik kebal dan peti deposit keselamatan.
Nama Alternatif
Kerani Bank
Kerani Kaunter Wang Tunai
Pembantu Bank
Tugasan
menjalankan tugas yang berkaitan
membuat rekod semua transaksi dan menyesuaikannya dengan baki tunai
menyelia, menjadual dan memantau tugaan pekerja lain
menukar wang daripada satu mata wang kepada mata wang yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pelanggan
mengkredit dan mendebit akaun pelanggan
membayar bil dan membuat pindahan wang bagi pihak pelanggan
memproses deposit tunai dan pengeluaran wang, cek, pemindahan wang, bil, pembayaran kad kredit, kiriman wang, cek diperakui, dan transaksi perbankan lain yang berkaitan untuk pelanggan
-
NAktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
-
0416Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
-
0412Kewangan, Perbankan dan Insurans
-
0414Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Perkeranian/ Pentadbiran
kemahiran menulis surat, menyusun dan mencatat maklumat.
Khusus
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Pengurusan Akaun
Kemahiran menggunakan program perisian perakaunan dan mengetahui cara menyediakan dan mentafsir penyata kewangan dan laporan lain.
Pengurusan Kredit
kemahiran dalam pemberian kredit, syarat-syarat yang diberikan dan mendapatkan kembali kredit ini apabila tempoh telah matang.
Pengurusan Tunai
kemahiran dalam bidang kewangan yang melibatkan pengumpulan, pengendalian dan penggunaan wang tunai.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)