Carian Terkini
Kod MASCO
4211-08
Bandingkan
Kerani Kaunter Pejabat Pos
Kerani Kaunter Pejabat Pos menjual produk dan perkhidmatan di pejabat pos. Mereka membantu pelanggan mengambil dan menghantar mel. Kerani kaunter pejabat pos juga menjual produk kewangan.
Nama Alternatif
Tugasan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjalankan tugasan yang berkaitan
Memberi bantuan kepada pelanggan dalam memfailkan tuntutan untuk kes kecurian mel, atau mel yang hilang atau rosak
Menyusun mel masuk dan keluar mengikut jenis dan destinasi secara manual atau menggunakan mesin dan pengimbasan mel elektronik
Menimbang surat dan bungkusan, mengira kos mel berdasarkan jenis, berat, dan destinasi
Memastikan laci wang teratur, merekod dan memastikan transaksi harian seimbang
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0412
    Kewangan, Perbankan dan Insurans
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Perkeranian/ Pentadbiran
kemahiran menulis surat, menyusun dan mencatat maklumat.
Khusus
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Pengurusan Akaun
Kemahiran menggunakan program perisian perakaunan dan mengetahui cara menyediakan dan mentafsir penyata kewangan dan laporan lain.
Pengurusan Kredit
kemahiran dalam pemberian kredit, syarat-syarat yang diberikan dan mendapatkan kembali kredit ini apabila tempoh telah matang.
Pengurusan Tunai
kemahiran dalam bidang kewangan yang melibatkan pengumpulan, pengendalian dan penggunaan wang tunai.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan