Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1211-12
Pengurus Perbelanjaan
Pengurus Perbelanjaan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi perbelanjaan dan mengambil bahagian dalam merumus dasar perbelanjaan perusahaan atau organisasi. Bertanggungjawab untuk merancang, mengarahkan dan menyelaraskan operasi kewangan syarikat atau organisasi.
1211-14
Pengurus Cukai
Pengurus Cukai menyediakan perkhidmatan cukai penuh mengikut undang-undang dan peraturan serta menyediakan perancangan cukai yang inovatif dan mengkaji pulangan cukai pendapatan yang kompleks.
1211-15
Pengurus Tuntutan
Pengurus Tuntutan bertanggungjawab menguruskan satu atau lebih unit pemprosesan tuntutan serta memastikan penyelesaian tuntutan lengkap dan kukuh, ulasan sah dan penyiasatan mengikut dasar dan prosedur syarikat. Mereka merancang, mengarahkan dan menyelaraskan operasi kewangan syarikat atau organisasi serta berunding dengan pengurus kanan dan dengan pengurus jabatan atau bahagian lain.
1211-19
Pengurus Risiko
Pengurus Risiko menilai dan mengenal pasti potensi risiko yang boleh menghalang reputasi dan keselamatan kewangan organisasi. Bertanggungjawab untuk merancang, mengarahkan dan menyelaraskan operasi kewangan syarikat atau organisasi.
1211-23
Pengurus Penilaian Aktuari
Pengurus Penilaian Aktuari menganalisis, mengurus dan menyediakan panduan tentang risiko serta kesan kewangan. Mereka terlibat dalam bidang yang berkaitan dengan insurans, pencen, pelaburan, perbankan, penjagaan kesihatan.Pengurus Penilaian Aktuari menggunakan model dan teori teknikal dan statistik untuk memberi nasihat strategik, komersial dan kewangan.<br>&nbsp;
1211-24
Pengurus Pembidaan
Pengurus Pembidaan bertanggungjawab ke atas cadangan atau penyerahan yang dibuat oleh syarikat untuk memenangi kontrak baharu. Mereka mengenal pasti peluang untuk mengemukakan tawaran dan mengambil keputusan sama ada untuk membida kerja.&nbsp;
1211-27
Pengurus Harga Pindahan
Pengurus Harga Pindahan merancang, mengarahkan, mengawasi hal-hal penentuan harga pindahan dan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk memberikan sokongan terhadap isu berkaitan harga pindahan.
1211-28
Ketua Pengurusan Penajajaminan dan Portfolio
Ketua Pengurusan Penajajaminan dan Portfolio bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan urus niaga harian, menaja jamin dan tugas pemantauan portfolio untuk pinjaman berasaskan aset
1212-02
Pengurus Sumber Manusia
Pengurus Sumber Manusia merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras pengurusan personel, perhubungan perusahaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, merancang dan mengendalikan prosedur bagi pengambilan kakitangan, Latihan kenaikan pangkat, penukaran dan pemecatan kakitangan dan merancang serta mengatur rundingan dan prosedur bagi menentukan struktur dan tahap penggajian dan berunding dengan pekerja mengikut terma pekerjaan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan personel, perhubungan perusahaan, dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi perusahaan atau organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan sumber manusia kepada perusahaan dan organisasi lain.
1212-05
Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan bertanggungjawab untuk mereka bentuk dasar dan prosedur yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk mencegah risiko bahaya kepada pekerja dan harta benda. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan personel, perhubungan perusahaan, dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi perusahaan atau organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan sumber manusia kepada perusahaan dan organisasi lain.
1214-01
Ketua Pegawai Pematuhan
Ketua Pegawai Pematuhan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-07
Pengurus Pembangunan Perniagaan
Pengurus Pembangunan Perniagaan merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan atau organisasi berkenaan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-08
Pengurus Pematuhan
Pengurus Pematuhan bertanggungjawab memelihara etika syarikat melalui penguatkuasaan dasar dan perancangan program serta memastikan semua jabatan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh syarikat. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-09
Pengurus Fesyen dan Pakaian
Pengurus Fesyen dan Pakaian merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan atau organisasi berkenaan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-10
Pengurus Pematuhan Halal
Pengurus Pematuhan Halal bertanggungjawab memastikan piawaian halal dan sistem jaminan halal berjalan dengan baik di dalam operasi syarikat secara keseluruhan termasuk melaksanakan dasar pematuhan halal syarikat merangkumi bahan dan proses yang digunapakai. &nbsp;&nbsp;&nbsp;
1214-11
Pengurus Rantaian Bekalan
Pengurus Rantaian Bekalan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-12
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Produk
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Produk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-13
Pengurus Kemampanan
Pengurus Kemampanan bertanggungjawab untuk memastikan kemampanan proses perniagaan. Mereka menyediakan bantuan dalam reka bentuk dan pelaksanaan rancangan dan langkah untuk memastikan proses pembuatan dan produk mematuhi peraturan alam sekitar dan piawaian tanggungjawab sosial yang diberikan dan mereka memantau dan melaporkan pelaksanaan strategi kemampanan dalam rantaian bekalan syarikat dan proses perniagaan. Mereka menganalisis isu yang dikaitkan dengan proses pembuatan, penggunaan bahan, pengurangan sisa, kecekapan tenaga dan kebolehkesanan produk untuk meningkatkan kesan alam sekitar dan sosial serta menyepadukan aspek kemampanan ke dalam budaya syarikat.&nbsp;<br>&nbsp;
1214-14
Pengurus Projek
Pengurus Projek melaksanakan aktiviti merancang, mengatur, mengamankan, memantau dan mengurus sumber dan kerja yang diperlukan untuk menyampaikan matlamat dan objektif projek tertentu dengan cara yang berkesan dan cekap.
1215-01
Pengurus Pentadbiran
Pengurus Pentadbiran merancang, menganjurkan, dan melaksanakan sistem pentadbiran serta menyokong operasi dengan menyelia kakitangan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, mengarahkan, membangunkan, mengkaji semula dan memperbaiki sistem pentadbiran, dasar dan prosedur perusahaan atau organisasi.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan