Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
3111-34
Penolong Pegawai Geosains Gred C29
Penolong Pegawai Geosains Gred C29 menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kimia, fizik, geologi, geofizik, meteorologi dan astronomi, dan dalam pembangunan perindustrian, perubatan, ketenteraan dan lain-lain aplikasi praktikal hasil penyelidikan.
3111-36
Penolong Pegawai Sains Gred C29
Penolong Pegawai Sains Gred C29 membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear. Mereka merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.
3111-37
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 membantu Pegawai Penyelidik menjalankan penyelidikan secara profesional dan berkualiti, menulis laporan, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja serta memberi latihan, khidmat nasihat. 
3111-38
Juruteknik Proses Kimia
Juruteknik Proses Kimia menjalankan ujian makmal kimia dan fizikal untuk membantu saintis membuat analisis kualitatif dan kuantitatif pepejal, cecair dan bahan gas untuk penyelidikan dan pembangunan produk atau proses baharu, kawalan kualiti, penyelenggaraan piawaian alam sekitar dan kerja lain yang melibatkan eksperimen, teori atau aplikasi praktikal kimia dan sains berkaitan.
3111-39
Juruteknik Sains Forensik
Juruteknik Sains Forensik membantu siasatan jenayah dengan melakukan ujian ke atas sampel dan melaporkan penemuan mereka.
3111-40
Pembantu Ahli Kimia
Pembantu Ahli Kimia menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kimia, fizik, geologi, geofizik, meteorologi dan astronomi, dan dalam pembangunan perindustrian, perubatan, ketenteraan dan lain-lain aplikasi praktikal hasil penyelidikan.
4211-05
Kerani Deposit Selamat
Kerani Deposit Selamat berurusan berurusan secara terus dengan pelanggan yang berhubung dengan penerimaan, penukaran dan pembayaran wang.
4212-01
Kerani Kaunter Pertaruhan
Kerani Kaunter Pertaruhan mengendalikan judi, membahagi-bahagikan kad, memungut wang pertaruhan, membayar wang kepada pemenang pertaruhan, perjudian atau permainan yang seumpamanya.
4212-02
Kerani Penerima Taruhan
Kerani Penerima Taruhan menentukan risiko, menawarkan kemungkinan dan menerima pertaruhan pada hasil perlumbaan dan acara lain.
4213-01
Broker Gadaian
Broker Gadaian menawarkan pinjaman kepada pelanggan dengan menjamin mereka dengan objek atau barang peribadi. Mereka menilai barangan peribadi yang diberikan sebagai pertukaran untuk pinjaman, mereka menentukan nilai dan jumlah pinjaman yang tersedia dan menjejaki aset inventori.
4213-02
Pemberi Pinjam Wang
Pemberi Pinjam Wang adalah orang atau kumpulan yang meminjamkan sejumlah wang yang agak kecil pada kadar faedah yang sangat tinggi. 
4214-06
Kerani Sewa
Kerani Sewa memungut sewa, bayaran lebih tempoh, cek tidak laku dan memungut bayaran untuk kerja amal.
4214-07
Kerani Sewa Kenderaan Berat
Kerani Sewa Kenderaan Berat memungut sewa, bayaran lebih tempoh, cek tidak laku dan memungut bayaran untuk kerja amal.
4214-08
Kerani Sewa Kereta
Kerani Sewa Kereta memungut sewa, bayaran lebih tempoh, cek tidak laku dan memungut bayaran untuk kerja amal.
4221-01
Perunding Pelancongan
Perunding Pelancongan menyediakan maklumat tersuai dan perundingan mengenai tawaran perjalanan, membuat tempahan dan menjual perkhidmatan pelancongan bersama-sama perkhidmatan lain yang berkaitan.
4221-03
Kerani Agensi Pelancongan
Kerani Agensi Pelancongan membantu menyusun jadual perjalanan. Mereka juga menyediakan pelancong dengan maklumat perjalanan, seperti tempat menarik, restoran, kadar, dan perkhidmatan kecemasan.
4221-06
Kerani Pengeluaran Tiket Perjalanan
Kerani Pengeluaran Tiket Perjalanan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan, menjual tiket dan memenuhi tawaran tempahan untuk keperluan pelanggan. 
4222-01
Pembantu Penerangan Gred S19
Pembantu Penerangan Gred S19 bertanggungjawab membantu melaksanakan kegiatan luar dan kegiatan sivik, menyampaikan ceramah dan penerangan kepada orang ramai, mengumpul dan memajukan laporan reaksi, menyediakan jadual lawatan bulanan, merekod dan mengedar bahan-bahan penerbitan.
4222-02
Kerani Janji Temu
Kerani Janji Temu  membantu pelanggan dalam menjadualkan pelbagai janji temu yang diminta, memindahkan panggilan , mengarang mesej atau e-mel, dan memberikan maklumat umum.
4222-03
Penyelia Perkhidmatan Pelanggan
Penyelia Perkhidmatan Pelanggan memberi arahan kepada Bahagian Khidmat Pelanggan dengan menugaskan, mengarahkan dan menilai kerja kakitangan. 
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan