Carian Terkini
Kod MASCO
1411-02
Bandingkan
Pengurus Asrama Gred N41
Pengurus Asrama Gred N41 bertanggungjawab merancang, mengurus, memastikan pelaksanaan pengurusan kolej kediaman, memantau pentadbiran am dan sumber manusia, penempatan dan makanan pelajar, menyelenggara bangunan serta membangunkan sahsiah diri pelajar. Turut bertanggungjawab menasihati pengurusan atasan (Tribunal Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar / Pihak Pengurusan Institusi Latihan) mengenai hal-hal pengurusan kolej kediaman dan pembangunan pelajar, pengurusan atasan sama ada melulus atau menolak permohonan penginapan pelajar.
Nama Alternatif
Tugasan
merancang, mengurus dan memastikan pelaksanaan pengurusan kolej kediaman
memantau pentadbiran am, sumber manusia, penempatan dan makanan pelajar
bertanggungjawab menasihati pengurusan atasan (Tribunal Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar / Pihak Pengurusan Institusi Latihan) mengenai hal-hal pengurusan kolej kediaman dan pembangunan pelajar, pengurusan atasan sama ada melulus atau menolak permohonan penginapan pelajar
Memastikan pematuhan undang-undang pelesenan, kesihatan dan keselamatan, dan peraturan berkanun lain
Menjalankan tugas yang berkaitan
Melaksanakan pemeriksaan harta dan perkhidmatan
Berurusan dengan kontraktor dan pembekal
Memastikan keselamatan yang cekap
mencadangkan pemilihan tender pengusaha-pengusaha dewan makanan
memantau aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar di peringkat kolej kediaman
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Landskap
kemahiran mengubah ciri-ciri kawasan tanah yang dapat dilihat dengan tujuan mewujudkan persekitaran yang indah.
Pajakan
kemahiran menguruskan kontrak antara pemilik aset tertentu dan pihak kedua kerana penggunaan aset tersebut untuk jangka masa tertentu dan syarat yang ditentukan.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan