- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains Dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
2143
Jurutera Alam Sekitar
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2143-05
Bandingkan
Juruanalis Persekitaran
STEM
GREEN
Juruanalis Persekitaran membangunkan perundangan yang melindungi alam sekitar daripada pencemaran oleh bahan berbahaya dan bahan pencemar. Mereka boleh membantu mengenal pasti dan membasmi sumber pencemaran dan bahan berbahaya.
Nama Alternatif
Tugasan
Mengkaji impak projek pembinaan yang dicadangkan ke atas alam sekitar
Menjalankan kajian pengurusan sisa berbahaya untuk menilai tentang bahaya tersebut, memberi nasihat tentang rawatan dan pencegahan serta menggubal peraturan untuk mencegah kejadian yang tidak diingini
menyelidik dan mengenal pasti cara bagaimana tingkah laku manusia boleh diubah supaya tidak merosakkan alam sekitar
Mengkaji kesan faktor-faktor seperti rupa bumi, altitud, keadaan iklim, sumber nutrisi, dan haiwan pemangsa ke atas haiwan dan tumbuhan
membantu dalam membangunkan pelan tindak balas kepada pelbagai bencana alam sekitar
mengumpul dan menganalisis data meteorologi, air dan sampel tanah.
-
CPembuatan
-
MAktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
-
QAktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
-
EBekalan Air; Pembentungan, Pengurusan Sisa Dan Aktiviti Pemulihan
-
0521Sains Alam Sekitar
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis punca masalah
kemahiran dalam menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk mengenal pasti punca kerosakan atau masalah.
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Hijau
kemahiran yang melibatkan produk dan perkhidmatan yang mesra alam.
Pengurusan Sisa Berbahaya
kemahiran mengurangkan jumlah bahan berbahaya yang dihasilkan dan merawat sisa berbahaya untuk mengurangkan ketoksikannya,
Penilaian Kesan Alam Sekitar
kemahiran mengenal pasti kesan terhadap persekitaran biogeofizik
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)