Carian Terkini
Kod MASCO
3118-34
Bandingkan
Penolong Arkitek
Penolong Arkitek menyediakan lukisan, peta dan ilustrasi teknikal daripada lakaran, ukuran dan data lain serta menyalin lukisan ke atas plat cetak.
Nama Alternatif
Tugasan
menyedia dan menyemak lakaran kerja lukisan dan spesifikasi yang dibuat oleh jurutera dan pereka bagi pembuatan, pemasangan, dan ereksi peralatan dan mesin, atau untuk pembinaan, modifikasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan bangunan, empangan, jambatan, jalanraya dan lain-lain projek seni bina dan kejuruteraan awam
membantu menjalankan kerja-kerja pengurusan projek pembangunan landskap, melaksana kerja[1]kerja lapangan bagi pengurusan dan penyelenggaraan landskap dan melaksanakan kerja-kerja merekod dan dokumentasi bagi pelaksanaan pembangunan landskap.
menyurih dan menyediakan lukisan dengan penentuan yang lengkap mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
melaksanakan kerja-kerja lapangan untuk pengumpulan maklumat tapak projek dan lapangan, surihan untuk penyediaan pelan landskap dan lukisan kerja pembinaan landskap, penyediaan lukisan ilustrasi projek dan cadangan pembangunan landskap
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • F
    Pembinaan
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • BC-050-3:2013
    Lukisan Pelan Senibina
  • BC-050-4:2013
    Pentadbiran Teknikal Senibina
  • ARB3
    Penyelia Senibina & Bangunan
  • ARB4
    Pengurus Senibina & Bangunan
  • 0731
    Seni Bina
  • 0732
    Perancangan Bandar dan Wilayah
  • 0733
    Pembinaan dan Bangunan
  • 0734
    Kaji Ukur
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran AutoCAD
kemahiran mereka bentuk berbantukan komputer komersial (CAD) dan merangka aplikasi perisian.
Lukisan kejuruteraan
kemahiran lukisan teknikal yang digunakan untuk menentukan keperluan untuk item kejuruteraan sepenuhnya dengan jelas.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan