Carian Terkini
Kod MASCO
3111
Bandingkan
Juruteknik Sains Kimia Dan Fizik
TVET
Juruteknik Sains Kimia Dan Fizik menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kimia, fizik, geologi, geofizik, meteorologi dan astronomi, dan dalam pembangunan perindustrian, perubatan, ketenteraan dan lain-lain aplikasi praktikal hasil penyelidikan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mengumpul sampel serta menyediakan bahan dan kelengkapan ujikaji, ujian dan analisis
menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan
memastikan semua sensor pengukuran cuaca beroperasi dan menentukan semua data yang dihantar keluar diterima dengan sempurna, dan membekalkan maklumat asas untuk keperluan awam
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
mengumpul dan menguji sampel tanah dan air, dan menganalisis data dengan bantuan ahli geologi atau geofizik
melaksanakan tugas-tugas berkaitan penerapan cuaca, merekod dan menghantar laporan cuaca berdasarkan piawai International tfivil Aviation Organizational (ICAO) dan World Meteorological Organization (WMO)
menjalankan tugas yang berkaitan
membuat pemerhatian, pengiraan/pengukuran, merekodkan dan memplot maklumat serta membantu menyediakan laporan dan dokumen teknikal untuk diterbitkan
membuat pemerhatian, merekod, membuat pengekodan keadaan cuaca dan menghantar laporan cuaca serta menyelenggara kelengkapan mengkaji cuaca
menyelia atau menyelenggara dan membaik pulih kelengkapan penyelidikan
membantu dalam meningkatkan kegiatan dan aktiviti jabatan menerusi perkhidmatan mineral, geosains dan maklumat geosains supaya dapat mewujudkan komoditi mineral dan pembangunan geosains yang berkualiti untuk pembangunan negara
mengaplikasikan pengetahuan teknikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan